Thursday 19 June 2008

Penimbang Berat

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih..

Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang..

Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"


Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

Wednesday 18 June 2008

Gelojak Remaja

Entahlah, aku tahu hati ini luka kerana semalam. Memikirkan semalam akan memadamkan impian aku untuk esok hari. Aku sedar itu. Takkan aku nak menoleh ke belakang sedangkan kawan-kawanku yang lain sedang berlari dengan pantas untuk menuju ke hadapan. Laju seperti peluru. Menang seperti pahlawan. Pantas macam sang cheetah. Pantasnya sehingga terkadang aku jatuh. Terluka. Barulah sedar, sebenarnya aku sedang berlari bersama mereka. Cuma terkadang terlanggar batu ingatan yang dulu.



Ahh… Mengeluh lagi. Syaitan tidak jemu-jemu membuntutiku setiap waktu. Membisik halus madah berupa hasutan. Licik. Dan teringatkan itu, lantas istigfar mengalas bibirku.


Apa emosi yang menganggu sebenarnya. Tidak bersyukur, cemburu dengan orang lain, dendam semalam, tidak pasti dengan rezeki, apakah masa depanku? Senarai yang tidak mungkin sudah aku kira jika kupanjangkan baris masalahku ini. Nyata! Aku adalah pencari masalah sendiri sebenarnya. Untuk apa? Ah, buang masa. Baik kufikir apa penyelesaian yang paling mujarab untuk menyenangkan jiwa ragaku ini.



Biarlah terkuis-kuis mencari tahu, asalkan terjumpa sebutir ilmu baru walau bukan segenggam dapatnya. Kena percaya pada Allah! Allah akan memberikan hadiah ajaib padaku nanti. Tapi aku harus tunggu. Kiraku, itu yang amat tepat.